Friday 30 November 2012

Haiwan terpantas di udara,darat dan air


Haiwan terpantas di daratan - Cheetah

Cheetah @ Acinonyx jubatus
Haiwan ini merupakan terpantas di dunia di darat. Pemangsa ini merupakan salah satu mesin pembunuh yang paling berkesan di dunia. Dalam jarak pendek, ia boleh memecut sehingga 120 km/j, dari 0 - 110 km sejam dalam masa tiga saat. Cheetah tinggal di padang rumput terbuka atau Savannah di Afrika.
Biasanya memburu pada waktu siang, lebih suka pada awal pagi atau lewat petang. Dalam kawasan liar, cheetah boleh hidup dari 10 hingga 15 tahun.


 Haiwan terpantas di lautan - Sailfish

 Sailfish Atlantik @ Istiophorus albicans
Binatang laut yang paling pantas adalah Istiophorus albicans @ Sailfish Atlantik. Sailfish boleh berenang dengan kelajuan 68 batu sejam (110 km/j). Sailfish Atlantik ditemui di Lautan Atlantik dan Laut Caribbean.

Berat maksimum adalah sekitar 220 paun (100 kg), panjang hingga 124 inci (340 cm). Pakar berkata sailfish boleh hidup sehingga 10 tahun tetapi puratanya 4 atau 5 tahun saja. Haiwan ini mendapat namanya daripada sirip dorsal yang menakjubkan, yang berwarna biru kobalt yang terang dengan bintik hitam.

Haiwan terpantas di udara - Peregrine Falcon


Anatum Peregrine Falcon @ Falco Peregrinus
Burung ini boleh terbang terjun hampir 300km sejam. Bukan sahaja burung terpantas di dunia, tetapi haiwan terpantas di dunia. Falcon Peregrine mempunyai panjang badan 34 hingga 58cm, lebar sayap 80 hingga 120cm, jangka hayat 7-15 tahun. Ia boleh hidup di pelbagai jenis habitat termasuk bandar-bandar, kawasan tropika, gurun dan tundra.




Saturday 17 November 2012

UNIT 1 : Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup

Yang mana benda hidup, dan yang mana benda buka hidup?

Benda hidup
Contoh benda hidup ialah, manusia, haiwan dan tumbuhan.

Antara ciri- ciri benda hidup ialah:
  • Memerlukan makanan dan minuman,
    • manusia dan haiwan mencari makanan, tumbuhan membuat makanan
  • Bernafas
    • benda hidup memerlukan oksigen untuk bernafas
  • Membiak
    • benda hidup membiak dengan cara bertelur atau beranak
  • Bergerak
    • benda hidup bergerak untuk mecari makanan dan menyelamatkan diri dari bahaya
    video pergerakkan haiwan

  • Berkumuh
    • benda hidup berkumuh untuk mengingkirkan bahan yang tidak diperlukan dalam badan
  • Membesar
    • benda hidup mengaalami pembesaran
Benda bukan hidup
Contoh benda bukan hidup ialah kerusi, rumah, pensil, buku dan kereta

Antara ciri-ciri benda bukan hidup ialah:
  • Tidak memerlukan makanan atau minuman
  • Tidak bergerak dengan sendiri
    • benda bukan hidup memerlukan bantuan untuk bergerak seperti menggunakan bateri
  • Tidak membiak atau membesar
    • benda hidup tidak bertelur atay beranak



Wednesday 7 November 2012

Dunia Sains dan Teknologi


Salam 1 Malaysia,
Matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi ini direka untuk memberi pendedah kepada para pelajar tentang Sains. Suatu masa dahulu, matapelajaran Sains hanya diajar untuk pelajar Tahap 2, iaitu tahun 4, 5, dan 6. Kini para pelajar, akan didedahkan kepada kepada ilmu sains sejak awal lagi, iaitu Tahun 1. Matlamat kurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.

Seperti sedia maklum, dasar baru KSSR telah banyak memberi perubahan kepada industri pendidikan. Matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi diperkenalkan kepada murid Tahap Satu bagi menggantikan mata pelajaran Sains. Tema ini menggabungkan elemen Sains, Reka Bentuk & Teknologi (RBT), dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Bagi tujuan pelaksanaan di Tahap Satu, elemen RBT dan TMK digabungjalinkan dalam Standard Sains. Selain itu modul penggunaan TMK turut disediakan bagi membolehkan guru membimbing murid mengaplikasikan TMK dalam pembelajaran.


Anda boleh ,merujuk slide ini untuk mengetahui tentang Dunia Sains dan Teknologi secara lebih mendalam. Secara keseluruhannya, matapelajaran ini telah banyak membantu murid dalam mengenal teknologi terutamanya bagi pelajar luar bandar. 

Monday 5 November 2012

Pengenalan diri saya

Salam 1 Malaysia,
Saya Wok Sarimah bt Abd Rahman, guru sekolah Kebangsaan Chenor. Saya baru memulakan tugas di sekolah ini pada awal bulan Julai baru-baru ini. Salah satu subjek yang saya mengajar ialah Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1.


Tujuan laman blog ini dibina adalah untuk berkongsi tentang Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1. Subjek ini baru diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dalam subjek ini terdapat empat tema iaitu, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan dan Teknologi dan Kehidupan Bestari. Di samping itu juga, subjek ini menekankan pengatahuan Teknologi Maklumat Komputer (TMK) di mana pelajar akan didedahkan tentang penggunaan komputer secara bertanggungjawab dan beretika.


 

Blog Template by YummyLolly.com